Lima lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lipis pada Khamis atas pertuduhan menceroboh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang guru tahfiz di Lipis dalam satu kejadian Khamis lepas.
Kelima-lima tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38 tahun, Zulkifli Mohd Nasir, 27 tahun, Azraen Che Mat Noor, 43 tahun, Mohd Amirul Afif Che Mat Noor, 29 tahun dan Rizuwan Hazmi, 47 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.